Thursday 20 September 2012

Tip Temuduga


tip berguna untuk para graduasi menghadiri sesi temuduga

SOALAN BIASA

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?

“SAYA BERASAL DARI KAMPUNG SEKIAN, SEKIAN..ADIK BERADIK 11 ORANG, SAYA ANAK YANG SULONG, IBU BAPA SAYA BEKERJA ITU DAN INI”

“SAYA SEKOLAH TADIKA DI…, “

“SAYA SUDAH BERKAHWIN DAH PUNYAI ….ANAK”

cukuplah jika anda memfokuskan beberapa aspek ini.

  1. Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
  2. Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
  3. Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

No comments:

Post a Comment